Dipetik seperti di bawah:
"3. Bas sekolah dan lori perdagangan dibenarkan parking di depan surau sahaja. Beri keutamaan kepada pemilik rumah sahaja."
Sekarang, Keutamaan pemilik rumah tidak beralku kerana bas sekolah masih parkir dalam walaupun tidak cukup tempat parkir untuk penghuni sah dan bersticker.
Keadaan dalam gambar di bawah bertambah kroni lepas waktu malam kerana penghuni sah akan balik dan selalunya tidak cukup parking. Pihak pengurusan BPBSS kelihatan berat sebelah dalam kes ini kerana tidak mengikut keutamaan pemilik rumah sahaja; sepertimana dinyatakan dalam minit mesyuarat agung.
Kalau diperhatikan, satu orang boleh memiliki lebih dari satu bas sekolah dan parking di dalam Subang Suria.Hasilnay, hak pemilik lain yang bersticker terjejas.
Kalau diperhatikan, satu orang boleh memiliki lebih dari satu bas sekolah dan parking di dalam Subang Suria.Hasilnay, hak pemilik lain yang bersticker terjejas.
(Andainya pemilik rumah yang ada sticker parkir sah membaca ini, ada persoalan untuk ditujukan kepada anda. Adakah anda sedar yang anda ada hak untuk dapat parkir yang sepatutnya kerana memang anda kena diutamakan; dan bukan bas sekolah ini-yang jelas mengambil /menodai hak anda. Memang kesannya, anda kena parkir dekat luar kerana bas sekolah semakin banyak dan ruang untuk anda semakin sedikit. Pihak pengurusan BPBSS tidak mengutamakan hak anda walaupun semua tahu gaji adalah dari poket anda sendiri).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan