Rabu, 13 Ogos 2014

Hal Subang Suria (Blog untuk penduduk mengetengahkan isu penduduk di Pangsapuri Subang Suria)

Salam Dari Hal  Pangsapuri Subang Suria

Sebagai seorang warga penghuni yang prihatin di Pangsapuri Subang Suria, di blog ini ingin saya utarakan perkara dan isu yang memberi kesan  ke atas kualiti hidup di halaman bersama ini.
Banyak masalah yang berpunca daripada kegagalan pihak pengurusan bersama, pengawal dan penduduk sendiri. Segala macam peraturan dan undang hidup bersama seeloknya ditengahkan dan diikuti bersama. Akan tetapi, ramai juga yang tidak mengendahkan peraturan kerana ego dan tamak.

Blog ini harap mengetengahkan isu berkenaan dan memberi fokus untuk pihak Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Subang Suria  (BPBSS) untuk bertindak ikut undang-undang dan peraturan yang termenterai.

Diharap juga penghuni lain boleh memberi pendapat dalam mengutarakan ketidak puas hati . Memandangkan BPBSS tidak menganjurkan apa-apa dialog dengan wakil penduduk secara teratur, maka,diharapkan blog ini boleh memberi update untuk semua yang berminat.

Boleh dikatakan blog ini adalah terpaksa dibina kerana BPBSS atau wakil penduduk tidak aktif dalam memberi "update" secara saluran rasmi online ;  walhal; diperhaitkan banyak badan pengurusan bersama di tempat lain telahpun mengorak langkah untuk mewujudkan facebook dan blog. Ini sebahagian daripada usaha mereka merapatkan diri kepada penghuni selain daripada memasang telinga untuk mendengar rungutan dan tidak kurang pulak pujian oleh penduduk dan wakil berkenaan.

Semoga kita semua hidup aman damai di Subang Suria tercinta.

Sekian

Dari Penghuni Subang Suria





Blog sampingan untuk rujukan: http://jmbpangsapurisubangsuria.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan