Khamis, 30 Oktober 2014

Beginilah best..tapi orang lain dapat


Salam Suria

BPBSS, sila buat macam ini.Jangan makan gaji buta sahaja
sila rujuk di bawah
------------------------------------------------------------------------------------------------


Isu Tapak Parkir
September 21, 2013 by jmbpp1a
Terdapat sebanyak 532 petak parkir kenderaan (tidak termasuk motosikal) di kawasan PP1A. Pecahan jumlah petak mengikut blok adalah seperti berikut : Blok A1 – A2 (134 petak); Blok A3 – A4 (35 petak); Blok A5 – A6 : (34 petak) Blok A7 – A8 (60 petak); Blok A9 – A13 : (74 petak); Blok A14 – A18 (86 petak) dan Blok A19 – A23 (100 petak).

Secara keseluruhannya pula terdapat 403 unit pangsapuri yang berpenghuni, manakala 47 unit lagi kosong. Sekiranya setiap unit dibenarkan menggunakan satu petak parkir (sebuah kenderaan sahaja) bermakna masih terdapat 129 petak lebihan untuk kenderaan kedua dan ketiga (jika ada). Antara punca masalah yang dikenalpasti ialah penghuni memiliki lebih dari satu kenderaan bagi setiap unit, penghuni dari blok berhampiran turut parkir di kawasan blok A dan petak yang kosong (agak jauh) tidak digunakan sepenuhnya. Ini menyebabkan bahu jalan menjadi tumpuan parkir kenderaan dan menimbulkan situasi yang merbahaya kepada penghuni.

Jawatankuasa JMB telah bersetuju dan mencadangkan agar laluan sedia ada (berhampiran blok A23) ditutup dan dibuka laluan baru berhampiran Blok A6, membuat pengagihan petak parkir dengan adil, mengenakan bayaran yuran bagi kenderaan syarikat / komersial dan menempatkan pengawal keselamatan. Cadangan ini telah mendapat persetujuan sebulat suara ahli di dalam AGM pada 19 Mei 2013 dan AGM Luar Biasa pada 31 Ogos 2013 bagi membolehkan ianya dilaksanakan.

http://jmbpp1a.wordpress.com/2013/09/21/isu-tapak-parkir/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan