Selasa, 9 September 2014

CDG: 1977: Dah tahu salah-nak buat juga: Ada sesuatu yang tidak kena (Milik siapakah kereta tidak bersticker ini)

Salam sejahtera

Seperti mana-mana pangsapuri yang lain, memang slot parkir terhad di Pangsapuri Subang Suria juga. Peraturan menyatakan kereta bersticker sahaja yang boleh parkir "overnight" selama lebih dari dua hari di dalam kawasan Subang Suria, Akan tetapi, CDG 1977 tidak ada sticker dan tidak di"clamp"/kunci pula. Memang boleh membawa syak ada sesuatu yang tidak kena.

Sudah berhari-hari kereta diparkir dalam Pangsapuri Subang Suria (di blok 2, sebelah slot parkir menghadap surau) dan guard pun tidak hiraukan . Kenapa pula macam itu? 

Memang kena minta BPBSS (Badan Pengurusan Bersama Subang Suria ) bagi jawapan kerana tidak adil untuk penghuni /penduduk lain yang bayar kos penyelengaraan bersama dan ada sticker tapi tidak ada parkir.

Persoalannya: Kenapa guard bagi lepas sahaja dan pihak BPBSS tutup mata?Clamp kereta pula jadi hiasan. Renungkanlah

Untuk peraturan parkir.sila rujuk ke sini http://halehwalpangsapurisubangsuria.blogspot.com/2014/09/usul-mesyuarat-agong.html










Ini adalah kereta yang dimaksudkan. Pemilik pandai sembunyikan depan kereta menghala ke dalam slot parking supaya guard dan pihak berkuasa BPBSS  tidak nampak tak ada sticker. Tengoklah game dia. Nilai apa yang dia ada.Tipu sana sini. Fikirkanlah sendiri

(Kepada pemilik kereta, jikalau anda terbaca blog ini dan tidak suka kandungannya, sila komen dan diharap insaf !)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan